Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hmm.. aku nak kongsi sesuatu dekat korang semua. Harap sangat korang berikan pendapat pada aku ni. Okay.. First of all, it story about a puppy love masa aku sekolah rendah dulu.
Masa darjah lima atau enam dulu, aku ada minat dekat seorang budak lelaki ni. Kira dia ni popular jugak la dekat sekolah. Of course handsome and pandai. Nama dia A (bukan nama sebenar). Masa tu kawan baik aku pun suka dekat dia. Hahaha.. Macam pelik la pulak. Aku suka A dan pada masa yang sama
jugak kawan baik aku pun sukakan A. Kawan baik aku tu tahu yang aku sukakan A, dan aku pun tahu yang kawan baik aku sukakan A jugak.
Masa tu, boleh dikatakan satu kelas tahu yang aku sukakan A. Itu pun sebab ada orang curi diary aku dan baca, then bagi tahu satu kelas. Dan orang itu ialah sepupu aku sendiri. Aku dengan sepupu aku tu, asik bergaduh aje. Baik 1 hari, gaduh berhari-hari... Hahaha.. biasalah.. budak2. Otak pun belum betul sangat masa tu.
Selepas 4 tahun aku tak jumpa dia dan tak terfikir langsung tentang dia. O.o ?? Okay... aku ada fikirkan dia, kadang2 aje tak apa kan?? Hehehe...aku ingat perasaan cinta monyet aku dah hilang, tapi kenapa bila aku nampak muka dia hari tu... hati aku rasa lain sangat..... entahlah.. aku pun tak tahu nak explain dekat korang macam mana. Yang penting rasa tu macam asing sangat.
Dalam otak ni, aku asik terfikir, betul ke aku sukakan dia lagi?? Macam mustahil pulak... yela... dah kenal ramai lelaki. Kawan2 aku pun ramai lelaki. Budak2 kelas aku. Aku pun ada suka dekat mereka2 ni semua, tapi tak lama perasaan tu hilang, walaupun everyday jumpa. Tambahan pula, aku dah couple, tiga kali... So.. aku memang da fikir yang aku memang betul2 dah lupakan dia. Lupakan CINTA MONYET sekolah rendah tu. Tapi, apa yang aku rasa ni lain dari yang lain. Rasanya sama dengan rasa bila MR.I cakap yang dia suka aku dulu. (nak tahu siapa MR.I.. klik ----> SINI ...)
Hmm... aku tahu, aku tak layak dengan dia. Bagi aku dia tu PERFECT sangat. Rupa ada, pandai, tapi dia bukanlah anak orang kaya pun. Orang biasa aje. Tapi bila nak dibandingkan dengan aku... jauh beza. Aku ni tak cantik pun, gemuk pulak tu. Hmm.. memang tak padan kalau nak jadi orang yang special dekat hati dia.
Aku selalu berangan, yang dia pun sukakan aku juga. Tapi aku tahu, mustahil dia akan sukakan aku balik. Sangat mustahil~~ Kadang2 terfikir jugak. Aku ni macam orang bodoh. Sukakan orang yang tak pernah terlintas dan terfikir yang dia juga sukakan kita. Huh!! Kalau dia sukakan aku la... aku akan................................... ntah... tak tahu... hehehehehehe... Entahlah.. aku yakin 100% yang dia tak pernah dan tak akan sukakan aku, mahupun dahulu, sekarang ataupun akan datang.
Tapi, walaupun aku yakin dia tak akan sukakan aku. Aku rasa aku ada juga berharap dekat dia..
dah la.. lupakan A tu. Move on, tahun depan ko dah nak SPM... belajar betul2.. manatahu dekat Universiti nanti kau jumpa yang lagi baik dari dia. Think about your future.. forget about your useless puppy love ni.
Hmm... Insya-Allah.. aku boleh lupakan dia. Tapi aku rasa tak sanggup pulak!!! Hmmmmm.. :( .. What should I do??
salam ukhuwah dari bunda
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. :)
Delete