Page

Friday, 28 December 2012

Azam Tahun Baru 2013

Lagi 4 hari tahun 2012 akan menutup tirainya... Habislah sudah cerita2 pada tahun ini. So pada tahun baru yang akan datang, kenalah ada azam baru, right?? Nak azam apa yer?? Hmmmm.. Azam 2012 pun aku dah lupa.. pasal apa dan untuk apa, pun aku tak tahu... hahahahaha.. sengal la aku ni...

Okay.. memandangkan tahun depan aku bakal menghadapi peperiksaan terbesar kat Malaysia ni.. SPM..
so.. maybe azam aku adalah nak pecah record keputusan family aku.. yang paling tinggi dapat 5A.. so, up sikit la.. target dapat 6A... kalau boleh nak jugak skor 11A... Insya-Allah... Antara subjek yang aku ambik untuk SPM nanti ialah semua subjek teras kecuali sains, Biologi, Kimia, Fizik, Matamatik Tambahan dan dua lagi subjek tambahan iaitu Akaun dan Pend.Seni ...

Pada tahun depan juga aku akan dapat pangkat dekat sekolah sebagai Pengawas..hahah... sebelum ni aku dah pernah pun jadi Pengawas masa form1&2, then masa hujung form2 pulak aku ada krisis dengan cikgu Pengawas petang tu.. then aku ambik keputusan nak letak jawatan pada form3.. Form4 pulak aku jadi Pengawas makmal komputer.. and antara crew magazine sekolah.. and mabye tahun depan aku jadi ketua editor... itupun kalau sekolah buat majalah untuk tahun 2013...

Berbalik pada SPM tahun depan, cikgu matapelajaran maybe ada yang bertukar. And ada yang masih sama macam tahun lepas... yang aku harapkanlah, cikgu BM aku tu tidak bertukar... kalau bertukar pun jangan cikgu tutttttttt.... tak sanggup aku dengar dia membebel benda yang tak penting dalam kelas... dah lah BM aku tengah teruk sikit sekarang... nanti kalau dia yang ajar.. bertambah teruk pulak karang sebab aku derhaka dengan dia...hahahaah...

Memandangkan tahun depan tahun akhir aku dekat sekolah tu.. so aku harap sangat ada peristiwa yang menarik berlaku ke atas aku. Sepanjang tahun depan aku nak buat banyak kenangan dekat sekolah tu, and of course aku akan tangkap gambar banyak2 tentang aku dan sekolah aku.. manalah tahu nanti dah keluar dari sekolah tu. Tak ada kesempatan nak datang sekolah tu balik. 

Majlis Graduasi tahun depan pulak mintak2 lah macam tahun 2012 punya. Pakaian bebas. Kalau boleh tu.. bagi la advance sikit.. buat dekat luar sekolah ke... baru syok!!! Ni tidak.. dah dekat satu dekad dah buat di sekolah aje.. Buat dekat hotel ke, restoran besar ke, dewan orang ramai pun boleh. Kalau nak lagi best buat malam and bertema.. WAHHH~~ dah macam prom night pulak.. okay lah.. seumur hidup aku pun tak pernah merasa Prom Night.

Aku harap 2013 ni.. takde lah lagi cikgu yang menyakitkan hati.... and yang paling penting... Matapelajaran Sejarah aku di ajar oleh cikgu kegemaran aku. Hehehehehe... 

Yang terakhirnya... Harap apa yang dirancang untuk mengisi kenangan 2013 ini berjalan dengan lancar.. AND OF COURSE  GOOD LUCK FOR WHO'S TAKE SPM EXAMINATION ON 2013... semoga berjaya.. wish me luck too. ^,^ ..


p/s : kalau boleh... korang ceritalah azam dan perancangan korang untuk 2013 nanti... sebab korang dah tahu azam aku, so tak aci lah kalau korang tahu azam aku tapi aku tak tahu azam korang... SO.. APA AZAM KORANG TAHUN DEPAN??

No comments:

Post a Comment