Page

Thursday, 3 January 2013

"Awak... Harap Bersabar..."

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini aku terima berita sedih, iaitu berita pemergian bapa si A, bapa kepada budak yang aku suka semasa darjah enam tu. Terkejut gilerrrr.... *nasib baik tak gilerr lagi* . Aku dapat tahu pun dari mak aku, dan mak aku pulak tahu dari kawan sekelas dia masa sekolah dulu. Rupanya Arwah tu adalah classmate mak aku dulu. Tak sangka pulak, bapa dia ex-classmate mak aku. Then, A pulak ex-classmate aku. 


Apa yang aku rasa sekarang ni adalah, rasa bersalah yang amat mendalam. Tak sempat nak minta maaf di atas kesalahan yang aku buat 4 tahun yang lepas. Cousin aku kata..

Alah... dah lama sangatlah kes tu... Maybe dia dah lupa..

Tapi, aku tak rasa pulak yang dia dah lupa. Sebab apa?? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku rasa sedih jugakk. You know what?? I really want to comfort him. But I can't, because I'm not someone to him, I'm just no one to him. Aku aje yang anggap dia sebagai kawan. Tapi dia?? Mungkin dia anggap aku sebagai strangers aje...
Aku tak harap pun dia tahu tentang blog ni, and sama sekali tak mengharap yang dia baca post aku ni. Tapi aku harap sangat, YA ALLAH... TOLONG SAMPAIKAN KATA2 MAAFKU TAK TERHINGGA KEPADA DIA... DAN BUKAKANLAH PINTU HATINYA UNTUK MEMAAFKAN AKU SEKIRANYA DIA BELUM MEMAAFKAN AKU...

Selama 4 tahun ni, tak terhenti-henti berfikir untuk meminta kata maaf dari dia untuk aku.. Layakkah aku dimaafkan?? Peristiwa tu sentiasa segar dalam memori ni. Peristiwa yang keanak-anakkan tapi beri effect yang mendalam. 

Aku tak berani nak berdepan dengan dia... tak tahulah kenapa. Jika suatu hari dia ditakdirkan tahu tentang blog ni dan membaca post ni. 

Aku harap kau sudah pun memaafkan aku. Kau sekarang sudah menjadi ketua keluarga, aku harap kau dapt menjalankan tanggungjawab kau untuk menjaga ibu dan adik2 kau dengan baik. Bersabarlah... Aku tahu, memang sukar menerima pemergian orang yang kita sayang. Tapi aku yakin, kau mampu melalui semua ni. Allah takkan menguji seseorang tu kalau dia tidak mampu. Bertabahlah... Aku tahu, kau kuat... kau kan Si Singa aku... hehehe... Aku harap kau terima semua dugaan ni dengan ikhlas dan redha dengan takdir dari-Nya dan aku harap sangat yang kau akan ceria semula. Dan yang paling aku harap sangat, kau tersenyum untuk aku. Hahahaha... aku berangan aje dengan harapkan yang kau senyum untuk aku terjadi.
PLEASE STAY STRONG MY CRUSH~~~~~ I VERY HOPE SO... :D

No comments:

Post a Comment