Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di pagi yang hening ini, bertemankan En.Domo dan En.Spangebob, nak bercerita tentang aku yang berusaha nak try make-up.
Okay... Pengakuan eksklusif ni. AKU TAK TAHU BERSOLEK!! hahahaha... macam pelik aje. Ada ke perempuan tak TAHU bersolek?? Kalau ada pun, mungkin 1 dalam seribu aje. Sebagai contoh, aku la. Langsung tak reti nak solek2 bagai ni. Paling command pown aku pakai bedak asas aje.
Haish... -_- masa aku kecik2 dulu *lingkungan 7-9 tahun* aku selalu curi alat solek mak aku and pakai senyap, then main fesyen2 *terasa macam bangang aje masa tu* =,=' . Masa ni kalau pergi beraya atau jalan2, mesti aku ber'make-up' ... Sampai aku digelar "Minah Senget" oleh pakcik2 aku. *huarghhh..part 'digelar' tu sedih.*
Selepas umur meningkat 10-11 tahun, aku dah jarang pakai make-up. Rasanya langsung tak ada kowt. Just pakai bedak baby aje.
Naik sekolah menengah pulak, lagi teruk. Aku tak pakai apa produk pown dekat muka aku. Produk penjagaan muka tu adelah... tapi asik tak serasi aje. Then nak pergi sekolah, bedak apa pun aku tak pakai. Lantaklah berminyak ke apa.
Bila dah naik menengah atas ni, baru la nak berjinak-jinak balik dengan solek2 ni. Adelah try pakai bedak baby dulu, then bedak asas. Tu fasa pertama. Nak naik fasa kedua iaitu pakai eyeliner, eyeshadow, blusher, mascara and lipstick. Tak pernah sekali pown percubaan aku menjadi. Kalau mascara and lipstick tu lepas la... Yang lain2 tu?? Macam mana?? Hancurlah jawabnye~~~
Hari tu aku try pakai blusher and eyeliner masa dekat Melaka. Bila keluar nak sarapan dekat ruang tamu, abang aku tegur, "Asal ko make-up teruk bebenor? Macam beruk aje aku tengok. Pipi merah," . Lebih kurang macam tu la kowt..hehehehe... Disebabkan bengang, aku masuk bilik, bersihkan muka balik. Eyeliner aku pulak. Macam luntur aje. Banyak gambar2 aku masa dekat Melaka, mata aku macam orang tak tidur seminggu. Hitam semacam.
Baru2 ni pulak, aku ada gathering dengan semua classmate aku form4 *sebahagian aje yg ikut* . Konon la nak try make-up lagi sekali. Try pakai eyeliner mak aku punya then pakai aku punye eyeliner pulak. Aku nampak macam tebal sangat, dan macam sakai aje bila aku pakai. So, aku padam balik eyeliner tu.. Habis hitam bawah mata aku. Macam sampai sekarang masih ada kesan lagi. Terpaksa la aku pergi gathering tu dengan mata yang lain macam dan muka aku yang terlebih bedak. Mana tak nya. Aku dah pakai treatment cream, pakai sunblock lagi, pakai foundation lagi, pakai bedak asa lagi. Jadi opera la aku. Lepas beberapa jam aje, muka jadi berminyak.
So... aku rasa. Muka aku memang tak sesuai untuk bersolek. Teramat tak sesuai. Jadi, lepas ni. Tak payah la aku nak try make-up lagi. Serik kowt. Kalau nak make-up sangat, suruh mak aku make-up kan. Tu pun kalau dia nak layan anak dara dia ni. Huhuhuhuhu... Teringin nak tengok muka aku diconteng dengan solekan. Apalah jadi? Mesti pelik teramat muka aku tu. Bertambah tak cantik dengan muka sedia ada tak cantik ni. *Sorry to say, aku cantik tau!* #muntah# ...

No comments:
Post a Comment