Page

Sunday, 9 December 2012

Cinta yang macam mana??

Okay... pada entri aku kali ni, aku nak cerita tentang jenis2 CINTA mungkin akan membahayakan kita atau mungkin juga akan membahagiakan kita. *Cehh..Wahh!!!*. Entri ni adalah kesinambungan entri CINTA?? SAYANG?? or SUKA??
Apalah aku ni. Baru 16 tahun nak cerita pasal CINTAN CINTUN pulak..huh!! yang ADOOOO.....hahahaha.. okay2.. let's start it.. First..........


CINTA OBSES
Okay... kita dah tahu yang kita cintakan seseorang tu, and everyday U talk about him/her to U'r friends. Bercerita semua la tentang dia. Apa dia buat. Pergi mana.. Then, bebudak zaman sekarang pulak... bila nampak gambar orang yang mereka 'cinta' tu dekat FB or TWITTER ke.. terus je copy... hmm.. aku memang alergik dengan spesis manusia (Spesis UNKNOWN) macam ni. Lagi2 bila dah couple. Hmm.. memang fed up aku dengan spesis ni. Apa yang si UNKNOWN ni buat...semuanyeeeeee nak berkaitan dengan dengan si DIA.. then, apa yang mereka buat, semuanyeeee nak show off kat orang ramai.. EH?? spesis UNKNOWN ni tak ada PRIVATE LIFE  eah?? huh!! tak faham aku... yang lebih parah lagi. Bila si DIA nak berkawan dengan orang pun tak boleh. Sampai si DIA nak berbaik dengan SI TUPPERWARE pown tak boleh.. lepas tu sibuk BASH SI TUPPERWARE tu dekat laman sosial. Then bila si TUPPERWARE tu balas balik. Melenting pulak... salahkan TUPPERWARE tu konon 'nak rampas' boyfreng dia.. Eeeeeiii... memang betul2 tak faham lah aku. Selalunya, kisah cinta macam ni akan berakhir dengan kesedihan, mungkin sebab si DIA tu dah rimas dengan perangai si UNKNOWN ni.. who knows?? Tapi ada juga yang berakhir dengan kegembiraan. Sebab si UNKNOWN ni pandai memanipulasi kan CINTA OBSES nya yang membawa kebaikan. :D
contoh si unknown yang memanipulasikan cinta obsesnya ada dalam cerita Playful Kiss.


Cinta Kasihan
Hah!! Kisah cinta macam ni selalu berlaku bila seseorang tu tak boleh nak tolak lamaran dari si DIA atau tersilap langkah atau beberapa lagi situasi yang lebih kurang macam menerima tanpa kerelaan hati. Bak kata Mila (Ombak Rindu). Pasghah itu menyeghah. Hahahahaha. 


Okay... situasi yang pertama ialah tersilap langkah yang aku maksudkan adalah bila korang tengah frust gilerrr, then tiba2 aje korang terjumpa someone yang boleh comfort korang, nasihat korang dengan baik and caring dekat korang. Then korang terus melamar someone tu jadi 'someone special' dan layan someome tu sampai jatuh cinta berkali-kali pada korang. HOHO. Ini adalah sangat merBAYAHA. Sebab, korang tak tahu pun setakat mana cinta korang pada si DIA, right?? Bila dah dapat tahu yang korang sebenarnya tak mencintainya, terus mintak putus. Okay.. for basic nya, kedua-dua pihak akan kecewa.. tapi korang mungkin rasa sikit aje kecewanya. Tapi si DIA?? yang dah berkali-kali jatuh cinta dengan korang?? Korang tak terfikir ke macam mana rasanya?? 

Bila dah putus... korang terasa BERSALAH pulak, sebab buat si DIA kecewa. Then korang pujuk dia balik. Dan si DIA termakan pujuk rayu korang... terima korang semula. Okay... 
Korang pujuk dia sebab rasa BERSALAH.. tapi bukan sebab korang cintakan dia.. Korang tak rasa ke yang korang dah bagi harapan palsu pada si DIA?? Disebabkan rasa bersalah, korang kata pada si DIA yang korang cintakan si dia, tapi hakikatnya tidak. Itu adalah CINTA ATAS DASAR KASIHAN...


Sesetengah orang pula.. dia tidak akan memutuskan hubungan mereka. Sebaliknya meneruskan hubungan itu walaupun dia tidak mencintai si DIA. Tahu tak?? Ini secara tidak langsung juga akan memberi harapan palsu. SEE?? HARAPAN PALSU lagi... Tahu tak, HARAPAN PALSU akan memberi kesan buruk dalam sesebuah hubungan.



Berterus terang teramatlah penting dalam perhubungan seperti ini, tidak mengapa kalau tidak mahu memutuskan hubungan dengan si DIA... Tapi korang PERLU berterus terang, supaya si DIA dapat menerima hakikat yang korang ni masih belum dapat menerima si DIA sepenuhnya.

Kalau tak tahu nak cakap macam mana, korang boleh try ayat ni.


"Awak.. maafkan saya. Saya tak bermaksud nak melukakan hati awak. Tapi saya buat ini semua untuk kebaikan kita. Saya sebenarnya, masih tidak dapat mencintai awak sepenuh hati saya. Tapi awak jangan risau. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mencintai awak. Tapi kalau tak boleh jugak, saya minta maaf sangat2. "



Amacam?? Okay?? hahahaha... Bantai la.. janji korang selesa masa nak berterus terang tu. So... bila korang dah terus terang.. sekurang-kurangnya dia tak ada lah kecewa sangat masa korang betul nak putus dengan dia nanti. Daripada korang tidak berterus terang, dan si DIA terus-terusan ingat yang korang tu menyintainya. Then, bila korang dah tidak tahan and masa tu pulak korang dan jatuh cinta dekat orang lain, baru korang nak mintak putus... tak ke double triple kecewanya si DIA kena terima??  

Tapi kalau korang dapat mencintainya semula sepenuh hati... Alhamdulillah~~~ sebab korang dah berjaya buka pintu hati korang untuk si DIA..





Okay... aku rasa itu aje kut JENIS2 CINTA yang maybe akan membahayakan kita dan mungkin boleh membahagiakan kita... sebenarnya... banyak lagi, tapi aku tak ingat sangat la..hahahaha... *lemah ingatan* .. apa2 pun..  dalam sesuatu hubungan...  PERCAYA, JUJUR, TOLERANSI, SALING MEMAHAMI, TERIMA SEADANYA adalah amat penting untuk hubungan itu bertahan lama... :D 

2 comments:

  1. tu yang di nama kan roda roda kehidupan :O hahahaha .sabar je lah ahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah... bermula dengan kepedihan.. barulah ada pengalaman untuk kehidupan yang seterusnya, right?? hahaha.. biase lah.. kena banyak bersabar.. :D keep smiling...

      Delete