Page

Monday, 20 May 2013

Selamat Bersara Pengetua ku.. EN. DZUR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua stalker blog ini... heheh.. 
bertemu lagi kita dalam entri kali ini. 
Hmm... korang sihat?? Aku sihat2 sahaja...
Okay... niat untuk menulis entri ini... dah lama dah... tapi tak berkesempatan aje.. sibuk betul sejak kebelakangan ni. 

Anyway... pada 25.4.2013 hari tu...

sekolah aku mengadakan sebuah Majlis Persaraan untuk pengetua aku... pergh... memang gempak la majlis tu...
First!!! Sekolah sewa BMW selama satu hari untuk majlis tu aje. Siap berhias-hias bagai pulak tu...


See??? 'Just Retired' gitu....Hahahaha... 

Ada lagi yang lagi menarik...

Okay...
Majlis start dalam pukul 9 pagi.. Mulanya pengetua aku turun dari pejabat melalui tangga perpustakaan and terus ke Anjung Bakti... kat situ ada dayang-dayang, hulubalang-hulubalang dan pemain kompang sekolah... inilah muka-muka mereka...
Wahh... cantik2 kan mereka ni.. bukan macam aku.. hohohoho...
*aku tak cantik.. tapi comel..* :P 

Ni pulak hulubalang-hulubalang nye.. sebelum pengetua datang...
sempat dorang ni main2 lagi...
Hahahaha....


Ni pulak team kompang sekolah kita orang...comey2 kn?? hahahaha... yg wanita Indian tu.. cikgu pengawas sesi petang merangkap cikgu sejarah aku masa ting.3 ...

Lepas pengetua sampai... Dia naik atas tandu..
Tak tahu tandu tu apa?? korang tanya la sapa2 yang tahu... Kalau korang perasan... majlis ni macam bertemakan ala2 zaman kesultanan... So.. pengetua kena la pakai baju ala2 sultan... *bju pengantin*


Hohohohoho... comey LA!!! 
hehehe... 

Lepastu.. abang2 hulubalang yang tak beberapa nak tegap ni pown angkatlah tandu tu sampai ke tempat letak kerata baru.. tempat tu redup sikit.. 

Tapi..... aku kesianlah dekat budak2 biasa yang kena duduk dekat atas tar tempat parking tu..
Malam sebelum majlis tu.. dah la hujan.. so.. esok paginya.. tempat tu still basah..
Diorang still kena duduk jugak.. tapi ada lapik la.. tak silap aku kotak kowt.. 
Benda dah diperbuat dari kertas mestilah basah... kan?? HOHOHO.. maka basahlah pakaian mereka... *Nasib aku jadi juru kamera*



Okay... Disebabkan event ni special... and.. kenangan terakhir pengetua sebagai pendidik.. pihak sekolaah telah membuat sebuah album.. *tak tahulah dalamnya isi apa* khas untuk beliau... dan.. benda jadah tu adalah dalam gambar kat bawah ni...


Dan.... semasa tengah dengar barisan pentadbir tertinggi sekolah bagi ucapan... dan aku rasa kebosanan masa tu.... ada lah budak form3 tu.. sakan menangkap gambar.. dia pown photographer sekolah jugak... dia ajak kita orang buat teknik bokeh... AND THIS!!! my first bokeh effect... AKU BERJAYA!! AKU BERJAYA!! *smile* LOL...

Tapi macam tak beberapa menjadi sangat la kan?? hahahaha.. rileks la.. amatur kowt.. 

Ini masa pengetua berucap......
*comel la.......... hehehehehe...

 Okay...lepas saja persembahan selesai apa semua... ni pulak sesi pemberian hadiah sebagai kenangan pada pengetua...
dan.. aku rasa...... NI HADIAH YANG PALING TAK BOLEH BLA SANGAT.... HOHOHOHO.... nasib gambar tu tak letak reben bunga besar kat tengat2.. kalau tak... dah macam.... *fikir sendiri*


Dalam majlis ni.. kita orang sambut sekali birthday beliau.. tarikh lahir dia...29.4 kowt.. ntahlah... aku pown lupa...

Lepas dah potong kek semua jadah tu... pengetua diangkat menggunakan tandu dan dibawa ke depan tangga pejabat... alah... dekat aje pown dengan parking tu...
Lepas dia dah tukar baju semua... dia turun ke dewan untuk jamuan guru2 dan para tetamu..
And masa tu adalah... video klip perjalanan kehidupan beliau.. dari kecik... naik remaja.. sekolah dekat mana... pergi bercuti dengan kawan2.. gambar bertunang dengan kahwin dia.. gambar anak2 dia.. dan.. gambar2 beliau ketika berkhidmat beliau sekolah aku.. dan di akhir video tu.. ada..... hehehehe.. video kawan2 aku dengan budak2 pengawas makmal komputer lip syn lagu Pelangi Petang...

yang pakai cermin mata tu namanya Nur Fathiah... Yang kanan tu pulak Nurul Syazwani... dorang ni la kawan rapat aku sejak aku dekat sekolah ni... since aku form1.. :)


See?? siap bersepanduk bagai.....ni baru satu aku snap.. ada banyak lagi sebenarnya.. Just malas aku nak snap...

Our Prince 5ST1.... handsome?? tengok la.. kawan siapa.. hahahha.. okay.. kidding.. dia orang yang pakai baju melayu tu.. ada buat persembahan.. *melting aku tengok dia orang berbaju melayu..* 


Salaman terakhir pengetua kepada pelajar2 ni.. nampak sangat beliau ni sayang akan murid2 beliau.. *skema gile ayat*.. 



Lambaian terakhir beliau disekolah aku sebelum beliau tinggalkan Sekolah Pendamaran Jaya dengan ribuan kenangan...dan teruskan kehidupan beliau sebagai seorang guru bersara... :)


-The End- 

p/s : takde lagi lah...RM10 ....hehehehehehehe... 




No comments:

Post a Comment