Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa aku tengah karang entri ini, aku mesti tengah kebosanan dan kepenatan.. sebab aku baru balik dari Perkhemahan Bomba peringkat daerah dekat Sekolah Bandar Baru Sultan Sulaiman.. Seriously, mase on the way balik rumah, dah terbayang-bayang Spongebob, Domo-kun, Chietam and Chitie kt rumah ni. Huhu...
First day...
Datang sekolah dari pagi. Then terus stayback and gerak pergi sana. Masa sampai tu, macam macam batak sikit la.. seluruh pelusuk sekolah cuba di teliti. Pandang kiri, pandang kanan...
After daftar, kami berkumpul dekat tapak perhimpunan ikut sekolah. Ada spotcheck beg. Lepas tu, dirikan khemah dekat tapak pekhemahan perempuan tapi tak sampai 10 minit hujan pulak.... apalagi, mencicitlah bawak beg2 and barang2 semua cari tempat berteduh. Kemudian, kami semua dipanggil berkumpul di dewan bawah untuk taklimat aktiviti untuk hari tu. Lepastu, barulah kami semua berpecah ikut kumpulan masing. Mula2 memang la malu2 nak tegur.
After that, kitaorang dibagi masa nak pasang khemah yang tertangguh tadi. Lepas siap khemah semua, semua peserta dipanggil ke tapak perhimpunan balik ikut kumpulan masing-masing.
Then, masa duduk dalam kumpulan tu la... baru nak kenal2. Kenal pulak dengan budak form4. Aku ingat, sorang aje yang form5, sebab tengok muka semua macam muda dari aku aje. Rupanya, ada gak yang form5. Lepas dapat makanan, lagi kecoh kitorang tanya nama masing-masing. Tapi baru kenal2 budak perempuan aje.
Malam pula, sepatutnya ada aktiviti Ice Breaking. TAPI!!! Ice Breaking dapat buat sekejap aje, itupun budak lelaki aje yang buat. Budak perempuan.. SELAMAT~~~ hehehe.. then cikgu (jurulatih) kami pun uruskan penglibatan untuk aktiviti yang akan berlangsung pada hari esok.
Aku terlibat dalam akitiviti Pertolongan Cemas. Rawat orang luka2, dan segala yang bekait.
From there, I know 'someone'. His looking is very cute, lagi2 bila dia senyum~~ COMEL~~~ *rasa macam nak cubit2 aje pipi dia* hehehe.. maaf... terover excited. Seriously, aku ingat dia tu adik2.. rupanya.. sebaya kowt.. hehehe.. nasib baik aku tak panggil dia adik. Huh...
Lepas bincang siapa yang akan terlibat dalam aktiviti yang diadakan, kami semua dibenarkan kembali ke khemah masing untuk berehat.
Esok paginya... Kami semua dikejutkan seawal 5.30 pagi. Normal lah kalau perkhemahan kena bangun awal. Tapi aku dengan member satu seklah aku dah bangun seawal 4.30 pagi .....kot... sebab takut tak sempat nak mandi. Yelah... dah dekat situ ada hampir seratus lebih orang yang nak mandi. So, kena lah awal2...
Lepas kami berkumpul ikut kumpulan untuk sarapan. Bila perut dah berisi, kami mula berkawad. Ada sesi taklimat tentang pergerakan untuk aktiviti. Kami berpecah mengikut tempat aktiviti yang kami terlibat. Oleh disebabkan aku terlibat dengan ASPEC Challenge, aku kena tunggu dekat tempat kita orang semua berkumpul. Kiranya... aku langsung tak bergerak pergi mana2 lah. Aktiviti lain yang dijalankan serentak, dilakukan di tempat lain. Aku tak tempatnya dekat mana, tapi aku ingat la..nama aktiviti tu apa. Cadad Challenge dengan Kawad Hose.
Masa tunggu giliran kumpulan 8 untuk ASPEC Challenge... lama kowt nak sampai giliran kita orang... Huh.... ye2 aje pagi2 tu semangat nak buat. Giliran kita orang tengah hari kowt. Dah macam tak ade semangat aje time tu. (-_-')
Disebabkan kita orang tak sempat nak belajar malam tadi *sempat.. tapi sikit aje* . Jadi cikgu kami memutuskan tengok dulu kumpulan yang mula2 buat macam mana. Then decide strategi. Dah habis bincang... keluarlah cerita lain. Huhuhuhu.. Aku pulak asik pandang budak comel tu. Hehehe.. *jgn marah* .. tak ada la pandang sampai nak tembus muka budak tu. Pandai la aku cover. Ada lah sembang2 biasa pasal aliran... keputusan PMR yang lepas. Dan tentang hal-hal lain.. *aku tak tentang apa*
Sebelah petang pulak, ada aktiviti Kawad Kaki, Kuiz Kebombaan dan Ikatan & Simpulan. Aku terlibat dalam aktiviti Ikatan & Simpulan. Itupun sebab aku nak lari dari kena kawad. Tak rela aku kawad weyh!!! Hahahaha... Budak comel tu pulak terlibat dalam Kawad Kaki. Aku ingatkan dapatlah tengok diorang kawad, tapi... tak dapat. Sebab giliran Ikatan & Simpulan aku sama dengan Kawad Kaki. Dapat tengok pown, only in 5 minute macam tu la.. huhu..
Malam kedua, kita orang ada raptai untuk Majlis Penutupan yang akan berlangsung pada esok pagi. For the first thing aku usha... budak comel tu.. (^,^) hehehe.. kami mula dari pukul 9 sampailah nak 30 minit lagi pukul 12 a.m baru berhenti. Antara masa2 tu, adalah rehat kejap 15 minit. Time tu la.. aku dok sampai2kan buku kepada budak2 lelaki group aku untuk mintak alamat e-mail. Untuk cari facebook diorang.
Dari 21 orang, just 10-12 orang aje yang bagi. (-_-) Sakit hati kau, nyah!! hahahaha..
Hari terakhir, pagi tu macam biasa la. Bangun. Solat. Sarapan *sarapan hari tu sedap.. tapi kena tunggu lama untuk ambik air... dia lepaskan ikut kumpulan* . Oh ya!! Sebelum sarapan. Kena kemas khemah. Time tu pulak budak laki tengah kena denda *tak tahu sebab apa* dia orang kena tunggu sampai pelajar perempuan habis kemas khemah.
Lepas siap kemas, kami pulak kena denda *denda kami sama & tujuannya pun sama* .Ayat Camp Commander cakap, aku rasa paling tak boleh blar... time budak lelaki dah masuk dataran. Dia cakap, "Tengoklah... tengoklah Putera Rayyan anda semua." Seriously... aku dah fikir budak comel tu da. Hahahaha... *mereng la aku ni*
Lepas sarapan kita orang berehat sebenar sambil dengar taklimat. Untuk majlis tu. Bla bla bla.... apa yang dia cakap aku tak ambik perhatian sangat. Dengar2 macam angin lalu aje.
Tepat pukul 9 mulalah Majlis Penutupan Kem Bomba Integrasi Daerah Klang dengan rasminya.
Pergh.... Dari pukul 9 sampai pukul 12 kita orang berdiri tengah dataran tu. Peluh dan panasnye jangan nak cerita la.. Ramai yang pengsanlah~~ Peninglah~~ huhuhu.. Cikgu bagi kat kita orang, nikmatnya...... air yang selalu aku tak minum pun, aku bedal aje. Haus punye pasal. Dalam keadaan kawad yang sepatutnya tak boleh gerak pown kita orang gerak aje. Sebab dah lenguh sangat2. Dengan baju berlapis-lapis *aku pakai 3 lapis time tu* ... Boot lagy yang hitam lagi berkilat tu.
Tamat aje majlis tu, kami semua bersorak.... huhuhu.. tak sabar nak balik satu hal.. Dah letih berdiri pown satu hal. Bersurai aje, kami semua berkesempatan untuk bergambar. Masing2 muka dah gelap sikit. Tapi ada aje yang tak sempat nak tangkap gambar. Ade yang dah balik la... Lepas dah salam2 group members yang perempuan.. aku pun bla la dari situ.
Cari kawan2 sekolah aku. Tanya pasal handphone. Dekat cikgu lagi. Cari cikgu pulak. Ternampak group members aku tengah berkumpul lagi. Aku pun join la.. hehehe... aku mintak e-mail dekat budak2 yang tak bagi lagi. Yang comel tu pun... sibuk nak bagi.. padahal dah bagi malam tadi. *sengal punye budak comel* .
Lepas borak2 sikit... minta no.phone *time tu da dapat handphone balik* orang2 tertentu. Hehe... kami semua pun bersurai....... *tapi aku sempat lambai dia* ;)
-TAMAT-
P/S : sampai sekarang aku masih lagi minat dekat budak comel tu... tapi ade orang lain yang kacau dalam otak aku... Iaitu.... si A.. nak tahu siapa A?? click kat (SINI)... Haish... tapi tak pe... hati aku kuat dekat budak comel tu... Ngeeee~~~
No comments:
Post a Comment