Cara nak mengiranya macam ni...
Contoh la tarikh lahir korang 15.10.1996
korang tambahkan setiap satu nombor...macam ni..
1 + 5 + 1 + 0 + 1 + 9 + 9 + 6 = 32
3 + 2 = 5
kirenye.. tambah semua nombor.. sampai jadi nombor tunggal... then check la... tapi aku nak nasihatkan.. benda ni bukan ramalan masa depan korang apa ke... ni suke-suke aje... and rasanya tak salah kalau kita tahu pasal benda ni... tapi JANGAN TERLALU TAKSUB!!!
sebab kalau korang taksub sangat...nanti akan jejaskan akidah korang pulak kan... hmmm.... aku dah warning awal-awal ni....
sebab kalau korang taksub sangat...nanti akan jejaskan akidah korang pulak kan... hmmm.... aku dah warning awal-awal ni....
1. Ketulenan
Hadir
dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini
merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya
adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau
lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk
Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
Dilahirkan
sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan
perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi
sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian.
Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk
berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan
yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,
mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan
meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi
Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
Golongan
ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra,
romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi
jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby,
Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif
Golongan
ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang
sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan
sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan
merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun
dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher,
Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
Mereka
adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka
mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan
kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka
memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap
situasiyang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah
terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte,
Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
Golongan
ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka
mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga
seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka
seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah
dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John
Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
Golongan
ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka
sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak
mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada
disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk
menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat
suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka
perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball,
Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
Golongan
ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang,
penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang
hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka
mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan
memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan
sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George
Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
Golongan
ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang
dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk
berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap
asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga
menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang
sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat
terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini
perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria
Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
No comments:
Post a Comment